-->

Semakan Keputusan Penajaan Biasiswa JPA 2024 (eSila)

SEMAKAN KEPUTUSAN PENAJAAN JPA TAHUN 2024 BAGI PROGRAM BERIKUT BOLEH DIBUAT MULAI 21 OGOS SEHINGGA 30 OGOS 2024 MELALUI PORTAL ESILA V2 JPA:

  1. Program Penajaan Nasional 2024 (PPN)
  2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 (LSPM)
  3. Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman 2024 (JKPJ)

Pengenalan Biasiswa JPA

Biasiswa JPA – Program Penajaan Yang Disediakan Oleh JPA Kepada Pelajar. Kemudahan penajaan dan pinjaman JPA bagi pelajar yang perlu anda tahu.

Program Penajaan Nasional 2024 (PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2024 merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Program Penajaan Nasional (PPN) 2024 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang.

Senarai 20 universiti ini melibatkan empat buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Singapura.

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 (LSPM)

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 200 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman 2024 (JKPJ)

JPA menawarkan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri.

Maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

Tarikh & Pautan Semakan eSila

Untuk makluman, keputusan permohonan boleh disemak seperti di ketetapan berikut:

Tarikh semakan mulai: 21/08/2024 pada jam 10:00 am hingga 30/08/2024 jam 11:59 pm sahaja.

Sila klik di pautan berikut untuk semakan: https://myself.jpa.gov.my/

TERKINI: SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) 2024

Semakan keputusan untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2024 boleh disemak bermula pada 10 September sehingga 22 September 2024, 11.59 malam.

Maklumat Lanjut

Sila layari Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my

Atau, hubungi Pusat Panggilan di talian 03-8885 3297 atau e-mel ke lepasanspm2024@jpa.gov.my.

BACA JUGA:

LihatTutupKomentar