-->

Senarai Hotel Murah Di Hatyai – Harga Bawah RM200!

Hotel Murah Di Hatyai – Pilihan Penginapan Bajet dan Selesa

Hatyai adalah sebuah bandar yang sibuk dan sering menjadi pilihan destinasi percutian bagi pelancong dari Malaysia. Bandar ini menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti pasar malam, makanan jalanan, tempat-tempat bersejarah, kaya dengan budaya serta alam semulajadi. 

Untuk menerokai tempat-tempat menarik di Hatyai dengan mudah, pelancong perlu memilih lokasi penginapan yang sesuai. Ada banyak pilihan hotel murah di Hatyai dan selesa yang boleh anda pertimbangkan. 

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi senarai hotel bajet yang patut anda pertimbangkan beserta tips untuk mencari hotel murah di Hatyai. 

BACA JUGA: 10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba

15 Senarai Hotel Murah di Hatyai 

Berikut adalah 15 senarai hotel murah di Hatyai yang sesuai untuk pelancong dengan bajet rendah. Setiap hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap, serta terletak di kawasan yang strategik.

1. The Regency Hotel Hatyai

  • Alamat: 23 Prachathipat Road, Hatyai, Thailand
  • Harga: Bermula RM115+ per malam

The Regency Hotel Hatyai memang salah satu pilihan hotel bajet di Hatyai yang popular dalam kalangan pelancong. Lokasinya yang terletak di pusat bandar memudahkan pengunjung bergerak ke tarikan utama seperti Pasar Kim Yong dan Pasar Terapung Khlong Hae. 

Bukan itu sahaja, akses ke pusat membeli-belah dan tempat makan pun memang mudah sangat-sangat. Anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pelbagai pilihan makanan dan hiburan di sekitar Hatyai.

Selain itu, hotel ini juga menawarkan bilik yang luas dan sesuai untuk keluarga atau kumpulan. Harga yang ditawarkan juga berbaloi untuk penginapan jangka pendek atau panjang.

2. Lee Gardens Plaza Hotel

  • Alamat: 29 Prachathipat Road, Hatyai, Thailand
  • Harga: Bermula RM170+ per malam

Hotel murah di Hatyai yang anda boleh pertimbangkan seterusnya ialah, Lee Gardens Plaza Hotel. Hotel ini terletak di pusat bandar Hat Yai, menjadikannya lokasi yang sangat strategik untuk pelancong. 

Ia terletak hanya 650 meter dari Hat Yai Railway Station. Memang mudah sangat nak ke mana-mana tempat menarik seperti Lee Garden Night Market dan Odean Shopping Mall. 

Hotel ini  juga dikelilingi oleh pelbagai kedai dan restoran, jadi anda tidak perlu risau mengenai makanan dan keperluan asas apabila menginap di sini. 

Dengan bilik yang luas dan selesa, lengkap dengan kemudahan moden seperti penghawa dingin, TV kabel, peti sejuk, dan WiFi percuma, Hotel Lee Gardens Plaza ini pasti  memberikan pengalaman penginapan yang menyenangkan kepada anda!

3. Red Planet Hatyai

  • Alamat: 152-156 Niphat Uthit 2 Road, Hatyai, Thailand
  • Harga: Bermula RM100+ per malam

Hotel ini juga terletak di pusat bandar Hatyai, kira-kira hanya beberapa minit berjalan kaki dari Odean Shopping Mall dan Lee Garden Plaza. Ia juga salah satu pilihan tempat penginapan yang bajet dan mesra poket di Hatyai.

Lokasinya yang strategik ini memudahkan akses ke pelbagai tempat menarik seperti Kim Yong Market dan Santisuk Market.

Ini menjadikannya pilihan penginapan ideal untuk pengunjung yang ingin meneroka keunikan bandar Hatyai. Walaupun tidak menyediakan sarapan, anda boleh membeli makanan di sekitar restoran berhampiran dengan mudah. 

Dari segi kemudahan, memang tiptop. Bilik-biliknya bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas, sesuai untuk pelancong bajet. Tambahan pula, kakitangan di sini mesra dan sedia membantu.

4. Sakura Budget Hotel

  • Alamat: 2/1-2/2 Soi 1, Niphat Uthit 1 Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand
  • Harga: Bermula RM60+ per malam

Sakura Budget Hotel terletak di lokasi strategik yang memudahkan akses ke pelbagai tempat menarik di Hatyai. Hotel ini sesuai untuk pelancong yang ingin meneroka kehidupan bandar tanpa perlu menggunakan pengangkutan awam yang banyak.

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Sakura Budget Hotel

Hotel ini juga menawarkan bilik yang kemas dan ringkas dengan harga berpatutan. Terletak berhampiran dengan pasar malam dan stesen kereta api, ia sesuai untuk pelancong yang ingin menjelajah Hatyai dengan mudah. Walaupun harga murah, kebersihan dan keselesaan tetap diutamakan!

5. The Bed Hatyai

  • Alamat: 170/1-2 Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai
  • Harga: Bermula RM100+ per malam

Pilihan hotel murah di Hatyai yang seterusnya ialah The Bed Hatyai. Hotel ini juga terletak di pusat bandar Hatyai. Memang mudah nak ke mana-mana. 

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: The Bed Hatyai

Dari segi keselesaan, hotel ini menyediakan kemudahan asas yang moden dan lengkap. Selain itu, rekaan dalaman hotel ini minimalis dan bergaya, memberikan suasana yang tenang dan menyegarkan. Jika anda bawa anak-anak, di belakang lobi ada ruang yang menempatkan permainan kanak-kanak. 

Walaupun harganya rendah, hotel ini sentiasa mengutamakn kebersihan dan keselesaan, menjadikannya pilihan yang lebih baik berbanding sesetengah hotel bajet lain yang mungkin kurang memberi perhatian terhadap aspek ini.

6. Boonchai Mansion

  • Alamat: 2/1-2/2 Soi 1, Niphat Uthit 1 Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand
  • Harga: Bermula RM70+ per malam
Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: 稞什Bunchai Mansion

Boonchai Mansion sesuai untuk pelancong yang mencari penginapan asas dengan harga yang sangat berpatutan. Terletak berhampiran pusat bandar, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, WiFi percuma, dan bilik mandi peribadi. 

Lokasinya strategik memudahkan tetamu untuk berjalan kaki atau menaiki tuk-tuk ke destinasi menarik di bandar.

7. Hatyai Signature Hotel

  • Alamat: 44 Noppakao-Rimming Road, Korhong, Hat Yai
  • Harga: Bermula RM120+ per malam
Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Hatyai Signature Hotel

Hatyai Signature Hotel juga salah satu pilihan hotel bajet yang popular di Hatyai. Ia terletak hanya 2 km dari Stesen Kereta Api Hat Yai dan sekitar 9.8 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Namun begitu ia agak sedikit jauh dari pusat bandar Hatyai. 

Tetapi usah risau, anda boleh akses ke mana-mana tempat menarik di Thailand dengan menaiki keretapi atau menyewa kenderaan. Hotel ini ada menyediakan tempat letak kereta percuma. 

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Hatyai Signature Hotel

Tidak seperti banyak hotel bajet di Hatyai, Hatyai Signature Hotel menawarkan kemudahan tambahan seperti kolam renang luaran, gimnasium, dan bilik yang lebih luas. Ini memberikan pelancong lebih banyak pilihan untuk berehat dan bersantai, terutamanya jika mereka ingin meluangkan lebih banyak masa di hotel.

8. Lamoon Hostel Hatyai

  • Alamat: 165 Thanon Niphatuthit 3, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai
  • Harga: Bermula RM100+ per malam

Lamoon Hostel adalah salah satu pilihan tempat penginapan di Hatyai yang sesuai bagi pelancong yang ingin berjimat namun masih ingin merasai pengalaman penginapan yang selesa dan praktikal. Tambahan lagi, nak dapat akses pengangkutan awam seperti tuk-tuk dan bas memang mudah dari hotel ini. 

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Lamoon Hostel

Hostel ini menawarkan bilik yang bersih, selesa dan direka dengan gaya minimalis yang menarik. Walaupun saiz bilik lebih kecil berbanding hotel konvensional, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, WiFi percuma, serta ruang tidur yang selesa

Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tarikan di Hatyai seperti Central Festival Hatyai, Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum, King Hatyai Amulet dan Songkhla Old Town, yang hanya memerlukan beberapa minit perjalanan sahaja. 

9. Pasawang Hatyai Hotel

  • Alamat: 33/1 Hat Yai District, Songkhla, Thailand
  • Harga: Bermula RM80+ per malam
Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: hatyaihotelsweb

Dengan harga sekitar RM80 ke atas per malam, Pasawang Hatyai Hotel menawarkan anda penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Walaupun hotel ini bukan terletak di tengah-tengah pusat bandar Hatyai, ia masih mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti tuk-tuk. 

Jaraknya yang berdekatan dengan beberapa tempat menarik seperti Pasar Terapung Khlong Hae menjadikannya lokasi yang ideal untuk pengunjung yang ingin menerokai kawasan luar bandar. 

Bukan itu sahaja, ia juga terletak berdekatan dengan Masjid Besar Hat Yai, lebih kurang 10 minit sahaja dengan menaiki kenderaan. 

10. Hi Season Hotel

  • Alamat: 33/2 Thamnoonvithi Road, Hat Yai
  • Harga: Bermula RM100+ per malam
Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Hi Season Hotel

Hi Season Hotel juga salah satu lagi hotel murah di Hatyai yang anda boleh pertimbangkan. Dilengkapi dengan kemudahan asas, memang selesalah untuk tidur malam serta berehat selepas seharian menjelajah di sekitar Hatyai.

Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Central Festival Hatyai dan beberapa tempat menarik yang lain. 

11. Chittaya Mansion

  • Alamat: 133/1-2 Thamnoonvithi Road, Hat Yai
  • Harga: Bermula RM80+ per malam

Chittaya Mansion adalah pilihan penginapan bajet di Hatyaj yang menawarkan bilik yang selesa dan perkhidmatan mesra. 

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: ชิตตยาแมนชั่น Chittaya Mantion

Lokasinya yang terletak sedikit jauh dari pusat bandar memberikan suasana penginapan yang lebih tenang. Sesuai untuk pelancong yang ingin berehat dari hiruk-pikuk bandar tetapi masih ingin akses mudah ke destinasi menarik. 

Penginapan ini juga menawarkan ruang yang luas, menjadikannya pilihan yang ideal untuk penginapan keluarga atau pelancong berkumpulan.

12. 2UHotelHatyai

  • Alamat: 33/1 Hat Yai District, Songkhla, Thailand
  • Harga: Bermula RM80+ per malam
Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: 2U Hotel Hatyai

2U Hotel Hatyai juga adalah pilihan penginapan bajet yang popular di Hatyai, terletak hanya 1.9 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.

Ia juga menawarkan bilik yang selesa, bersih dan dilengkapi kemudahan asas. Harga pun murah. Sekiranya anda mempunyai penerbangan awal pagi dari Hatyai atau transit, hotel ini adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk dipertimbangkan. 

13. Pearl Place Hotel

  • Alamat: 44/1-2 Niphat Uthit 2 Road, Hat Yai
  • Harga: Bermula RM50+ per malam

Satu lagi hotel murah di Hatyai dengan suasana hotel yang tenang dan bilik yang selesa ialah Pearl Place Hotel. Menariknya lagi, staf-staf di hotel ini boleh bercakap Bahasa Melayu tau. Dah macam tak bercuti di Thailand hehe. 

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Pearl Place Hotel

Setiap bilik-biliknya turut dilengkapi balkoni untuk tetamu menikmati pemandangan luar. Dari segi keselamatan, memang terjamin. Yang ada kad akses sahaja boleh tap dekat lif untuk masuk ke kawasan bilik hotel. 

Bila baca ulasan dekat Google review, ada yang kata dalam bilik tidak ada disediakan cerek air panas. Tetamu boleh mendapatkan air panas di bahagian resepsi secara percuma.

14. The Great Hotel

  • Alamat:  88 Thamnoonvithi Road, Hat Yai
  • Harga: Bermula RM90+ per malam

Terletak di kawasan yang strategik tetapi tenang, The Great Hotel sangat mudah diakses termasuk lah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai dan terminal bas utama. Ia menawarkan kemudahan asas yang lengkap seperti WiFi percuma, tempat letak kereta percuma, dan ruang untuk bersantai. 

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: The Great Hotel

Hotel bajet di Hatyai ini juga terletak berdekatan dengan beberapa tarikan utama di Hatyai dan restoran terkenal di Hatyai, menjadikannya sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati makanan tempatan dan budaya Hatyai.

15.  Z Sleep Hotel

  • Alamat: 1564 Kanjanavanit Road, Hat Yai
  • Harga: Bermula RM150+ per malam
Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Z Sleep Hotel

Z Sleep Hotel menawarkan bilik-bilik yang  minimalis, bersih dan selesa. Ia terletak hanya beberapa langkah dari Central Festival Hatyai. Memang strategik!

Senarai Hotel Murah Di Hatyai + Tips Berguna!
Sumber: Z Sleep Hotel

Satu lagi kelebihan utamanya adalah, akses mudah ke pengangkutan awam. Ini menjadikan perjalanan ke tempat-tempat menarik lain di Hatyai lebih mudah. Dalam masa yang singkat, tetamu dapat merasai pelbagai tarikan seperti pasar malam, kuil, dan taman-taman indah di bandar ini.

Lokasi Strategik untuk Menginap di Hatyai

Bagi memudahkan pergerakan anda ke tempat-tempat menarik di Hatyai, anda perlu menginap di hotel yang mempunyai lokasi yang strategik.

Berikut adalah beberapa beberapa lokasi strategik yang patut anda pertimbangkan:

1. Pusat Bandar Hatyai

Pusat bandar Hatyai adalah pilihan terbaik untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke Hatyai, gemar membeli-belah, dan pencinta makanan. 

Menginap di pusat bandar memudahkan akses ke tempat menarik seperti Lee Garden Plaza, Central Festival Mall, dan pasar malam. Kawasan ini juga dipenuhi restoran dan pusat membeli-belah. 

2. Jalan Niphat Uthit

Jalan Niphat Uthit sangat sesuai untuk penggemar pasar malam dan makanan jalanan. Di sini, anda boleh menemui pelbagai gerai makanan tempatan serta kafe. 

Jalan Niphat Uthit terkenal dengan suasana malam yang meriah, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makanan jalanan dan pasar seperti Pasar Kim Yong dan Pasar Santisuk. 

3. Kawasan Pasar Terapung Khlong Hae

Jika anda ingin merasai pengalaman budaya tempatan, kawasan Pasar Terapung Khlong Hae adalah tempat yang menarik. 

Pasar terapung ini menawarkan makanan tradisional yang dijual dari bot, serta peluang untuk menikmati suasana unik pasar tempatan. Kawasan ini tenang dan sesuai bagi pelancong yang mencari suasana lebih santai. 

4. Kawasan Central Festival Hatyai

Untuk mereka yang gemar membeli-belah di kompleks moden, kawasan Central Festival Hatyai adalah pilihan yang baik. 

Central Festival Mall adalah pusat beli-belah terbesar di Hatyai dan menawarkan pelbagai pilihan kedai, restoran, dan panggung wayang.

5. Sekitar Stesen Kereta Api Hatyai 

Bagi pelancong yang menggunakan pengangkutan awam, menginap di sekitar stesen kereta api Hatyai adalah idea yang baik. 

Kawasan ini sesuai bagi mereka yang bergantung kepada kereta api atau bas untuk perjalanan. Selain itu, kawasan ini berdekatan dengan kedai-kedai tempatan dan tarikan pelancong lain di bandar.

6. Berdekatan Lapangan Terbang Hatyai

Jika anda mempunyai penerbangan awal atau transit di Hatyai, kawasan Lapangan Terbang Hatyai menawarkan pilihan penginapan yang mudah dan praktikal. 

Tips Mencari Hotel Murah di Hatyai

1. Tempah Lebih Awal

Untuk mendapatkan harga terbaik, pastikan anda menempah penginapan anda seawal mungkin. Kebanyakan hotel menawarkan diskaun untuk tempahan awal, terutamanya semasa musim percutian. Bukan itu sahaja, dengan menempah awal, anda tidak akan terlepas hotel pilihan anda yang selalunya penuh. 

2. Gunakan Aplikasi Tempahan

Aplikasi seperti Klook sering menyediakan promosi dan tawaran istimewa. Anda juga boleh membaca ulasan dari pelancong lain untuk memastikan kualiti hotel yang dipilih.

Klook.com

3. Pilih Lokasi yang Strategik

Cari hotel yang terletak tidak jauh dari pusat bandar atau tempat tarikan utama. Ini bukan sahaja membantu anda mengurangkan kos pengangkutan, tetapi juga memberi anda lebih banyak masa untuk meneroka kawasan sekitar dengan mudah. 

4. Baca Ulasan Tetamu

Walaupun anda memilih hotel dengan harga yang agak rendah, pastikan anda membaca satu persatu ulasan yang ditinggalkan untuk setiap hotel pilihan nada. 

Ulasan dari tetamu sebelum ini boleh memberikan pandangan yang baik tentang kualiti dan servis hotel. Cari hotel yang mempunyai ulasan positif berkaitan kebersihan, perkhidmatan, dan kemudahan.

Kesimpulan

Memilih hotel murah di Hatyai tidak bermakna anda perlu mengorbankan keselesaan. Terdapat banyak pilihan hotel di Hatyai yang anda boleh pertimbangkan mengikut kesesuaian bajet anda. 

Semoga dengan perkongsian di atas, anda boleh menikmati penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. 

Rancanglah percutian anda dengan bijak dan nikmati pengalaman indah di Hatyai tanpa perlu risau tentang bajet!

BACA JUGA: Hatyai Van – Harga & Cara Sewa Van di Hatyai 2024

LihatTutupKomentar